Jumat, 24 Februari 2012

Nabi Syuaib a.s

Diposting oleh Rahmi Andriyani Syam di 08.02
Perihal penduduk Madyan

Pada suatu waktu yang lalu, sebuah negeri telah dijajah di utara Arab. Negeri ini dinamakan Madyan kerana anakanda nabi Ibrahim yang bernama Madyan telah menetap di sana. Ia merupakan tanah yang subur dan kaya dengan khazanah alam semulajadi. Para penduduk menjalankan kegiatan berniaga sebagai sumber pendapatan utama. Namun mereka kerap tidak jujur dalam urusan perniagaan. Mereka mengurangkan timbangan dan berdusta dalam pengiraan. Mereka juga cenderung untuk menipu, tidak berakhlak, berzina dan bermacam-macam lagi jenayah. Kekayaan telah menyebabkan mereka menjadi keras hati dan suka melawan. Mereka juga tidak mempercayai akan kekuasaan Tuhan, yang menyebabkan mereka sudah tidak mengendahkan lagi akan batas-batas kesusilaan dan nilai-nilai murni. Maka Allah telah menghantar Shu'ayb untuk memperbaiki dan mencorakkan semula penduduk di Madyan. Seperti di dalam al Quran (al-A'raaf:85),

'Dan kami telah mengutus penduduk Madyan saudara mereka Shu'ayb. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada tuhan bagimu selaman-Nya. Sesungguhnya telah datang kepada mereka kepadamu bukti-bukti yang nyata dari Tuhan mu. Maka sempurnakanlah takaran dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang takaran dan timbangannya, dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang yang beriman."

Seruan Nabi Shu'ayb dan tentangan terhadap baginda

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Ibnu Khaldun, bonda nabi Shu'ayb merupakan seorang wanita yang warak. Salasilah baginda bertemu dengan keturunan nabi Ibrahim. Baginda merupakan seorang pemidato yang petah sehinggakan digelar 'Khatibul Anbiya'. 

Baginda sering sentiasa menasihati penduduk Madyan supaya memperbaiki hidup mereka dan tidak berkelahi sesama sendiri. Namun mereka langsung tidak mengendahkan seruan baginda malah semakin lagi mencemuhnya. Mereka mula menyeksa dan mencemuh tetamu-tetamu yang ingin pergi ke rumah baginda. Baginda tetap meneruskan dakwah dan memberi amaran kepada kaum musyrikin itu,

"Dan duduklah kamu di setiap jalan, membelakangkan perintah Tuhan dan mengancam pengikut-Nya, serta ingatlah, apabila kamu sedikit dan Allah menggandakan pengikutmu, lihatlah akan pembalasan kepada mereka yang menghalang jalan Allah." 

Terdapat beberapa ketua suku penduduk Madyan telah mengancam untuk menghalau nabi Shu'ayb dan pengikutnya dari Madyan. Al-Quran telah mengesahkan di dalam surah al-A'raaf:86, 'Pemuka-pemuka dari kaum Shu'ayb yang menyombongkan diri berkata :"Sesungguhnya kami akan mengusir kamu hai Shu'ayb dan orang-orang yang beriman kepadamu dari kota kami, kecuali kamu kembali kepada agama kami". Berkata Shu'ayb: "Dan apakah (kamu akan mengusir kami) walaupun kami tidak menyukainya?".

Baginda tidak menghiraukan ancaman tersebut malah memperhebatkan lagi dakwah baginda. Baginda mengingatkan penduduk Madyan akan azab dari Tuhan yang telah turun kepada kaum terdahulu. Seperti di dalam surah Huud : 89,

"Hai kaumku, janganlah hendaknya pertentangan antara aku (dengan kamu) menyebabkan kamu menjadi jahat hingga kamu ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh atau kaum Huud atau kaum Saleh, sedang kaum Luth tidak (pula) jauh (tempatnya) dari kamu."

Pembalasan kepada penduduk Madyan

Penduduk Madyan sering mempersendakan seruan nabi Shu'ayb dan kebenaran agama Allah. Mereka menyeksa baginda serta pengikutnya dengan melanggar batas-batas moral. Apabila mereka tetap meneruskan akan kedegilan mereka, maka Allah telah menurunkan azab yang dahsyat kepada mereka sebagai pembalasan di atas perbuatan mereka.

"Dan tatkala datang azab kami, Kami selamatkan Shu'ayb dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya dengan rahmat dari kami, dan orang-orang yang zalim dibinasakan oleh satu suara yang mengguntur, lalu jadilah mereka mati bergelimpangan di rumahnya. Seolah-olah mereka belum pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah kebinasaan bagi kaum Madyan sebagaimana kaum Tsamud telah binasa."(Huud:94-95)

Kewafatan nabi Shu'ayb

Nabi Syu'ayb wafat tidak lama selepas kemusnahan penduduk Madyan. Baginda telah dikebumikan di Shaban berdekatan dengan lembah Ibn' Ali. Kebanyakan pelawat datang dari jauh untuk melawat makam baginda 

Thinkmii Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez