Atas daya usaha Nabi Sheth A.S., sesetengah  manusia mula mempercayai Allah. Masa berlalu, mereka mula menyembah berhala nabi  mereka. Mereka mula menjadi tidak beragama, menyembah banyak tuhan dan tidak  lagi beriman dengan Allah. Mereka mengambil jalan yang salah dalam hidup mereka.  Pada suatu masa tertentu, Allah telah mengutuskan Nabi Idris A.S. untuk memulih  dan membimbing mereka yang telah hanyut itu. Allah telah menyebutnya dalam  al-Quran seperti berikut:
" Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka  kisah) Idris (yang tersebut) dalam al-Quran. Sesungguhnya dia adalah seorang  yang sangat membenarkan dan seorang nabi" (Maryam, 19: 56)
Seruan dan  Penentangan
Nabi Idris A.S. menyeru umatnya kembali menyembah Tuhan  yang satu. Baginda mengarahkan umatnya untuk meninggalkan penyembahan berhala  mereka. Baginda menekankan bahawa mereka tidak boleh dikuasai oleh sifat  cintakan harta dan kekayaan. Baginda menegah mereka daripada meminum arak dan  minuman lain yang memabukkan. Hanya segelintir sahaja yang mendengar seruan  baginda tetapi majoriti daripada mereka menentang keras terhadap baginda. Namun  begitu, Nabi Idris A.S. tetap tidak berputus asa dan terus menyeru tanpa goyah  pendiriannya. Baginda dihargai atas keimanan dan kesabaran yang  kental.
"Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris, dan Dzulkifli. Mereka semua  termasuk orang-orang yang sabar. Kami telah memasukkan mereka ke dalam rahmat  Kami, sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang soleh" (Al-Anbiyya, 21:  85-86)
Penghijrahan ke Mesir
Walaupun dengan usaha  yang tidak mengenal penat, Nabi Idris A.S. masih tidak dapat mencapai kejayaan  yang sepatutnya dan baginda rasa tercabar dengan kelakuan para penduduk zaman  itu. Lalu baginda diarahkan untuk berhijrah ke Mesir dan melaksanakan tugasnya  di tebing sungai Nil. Baginda menyeru supaya menuju kepada agama Allah kepada  pelbagai kumpulan masyarakat dan menasihati mereka supaya berbuat baik dan  bertamadun. Akhirnya baginda berjaya membawa perubahan dari segi moral dan  sosial hidup masyarakat tersebut.
Kata-kata daripada Nabi  Idris
Baginda mengajar dengan teguran dan nasihat yang baik seperti  berikut:
1. Jangan berasa dengki dengan kekayaan orang lain.
2. Sesiapa  yang mempunyai keinginan yang tidak terbatas, akan menghalangnya daripada  berpuashati dengan kekayaan yang diperolehi.
3. Seseorang mestilah ikhlas  dalam pengabdian kepada Allah.
4. Berdosa jika melakukan sumpah yang  salah.
5. Sabar adalah kunci kejayaan
6. Sesiapa yang mengawal  nafsunya adalah seorang yang bertuah. Golongan yang berbuat baik sahaja akan  hidup dalam syafaat daripada Allah semasa hari pembalasan.
7. Sesiapa yang  ingin mencapai kesempurnaan dalam ilmu, sepatutnya tidak terlibat dengan  perlakuan yang tidak bermoral.
Nabi yang Mengetahui
Nabi  Idris dilahirkan seratus tahun selepas kematian Nabi Adam A.S. Baginda adalah  manusia pertama yang belajar menulis. Diketahui bahawa 30 bahagian ayat-ayat  suci Allah diwahyukan kepada baginda. Baginda adalah manusia yang menemui sains  astronomi dan aritmetik.
Kematian Nabi Idris A.S.
Nabi  Idris A.S. diangkat ke syurga ketika berusia 365 tahun. Ibn Jarir mengaitkannya  dalam Rauzatul Ahbab yang Nabi Idris A.S. adalah sahabat kepada malaikat di  dalam syurga. Malaikat telah mengangkat baginda ke syurga dan apabila mereka  sampai di syurga aras keempat, mereka terjumpa dengan malaikat maut. Malaikat  yang mengiringi Nabi Idris A.S. bertanya kepada malaikat maut tentang usia hidup  Nabi Idris A.S. dan malaikat maut menjawab:
"Dimanakah Idris ? kerana aku  diperintahkan untuk mencabut nyawanya"
Nabi Idris kemudiannya bersemadi  di syurga aras keempat dan wafat di dalam sayap malaikat yang membawanya ke  syurga. Mutwaslah adalah salah seorang anaknya yang diketahui telah membina  tanda untuk Nabi Idris di bumi.
 
