Nabi Yunus A.S. juga dikenali dengan dua nama  panggilan yang lain iaitu "Dhun-Nun" (Raja Ikan) dan "Sahibil-Hot" (Sahabat  Ikan). Dalam al-Quran ada menyebutkan yang bermaksud:
"Dan (ingatlah  kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka  bahawa Kami tidak akan menyempitkan (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam  keadaan yang sangat gelap: "Bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain  Engkau. Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang  zalim."" (Al-Anbiyaa', 21: 87)
"Maka bersabarlah kamu (hai Muhammad)  terhadap ketetapan Tuhanmu, dan jangnlah kamu seperti orang (Yunus) yang berada  dalam (perut) ikan ketika ia berdoa sedang dia dalam keadaan marah (kepada  kaumnya)" (Al-Qalam, 68: 48) 
Yunus (Jonah) adalah anak lelaki Mitta  berdasarkan kepada Tradisi yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari tetapi Taurat  menyatakan bahawa nama bapa baginda ialah Amittai.
Apabila kenabian  dianugerahkan ke atas baginda, baginda diperintahkan ke Nineveh untuk  menyampaikan seruan Allah. Nineveh terletak di tebing sungai Tigris. Ia adalah  ibu kota Assyria. Penduduk di sana mengalami keruntuhan moral dan sangat angkuh.  Mereka hidup penuh dengan dosa. Nabi Yunus A.S. cuba sedaya upaya untuk  memulihkan mereka tetapi mereka hanya memekakkan telinga dengan nasihat dan  amaran baginda. Tidak lama selepas itu, baginda menjadi semakin tawar hati  dengan kelakuan penduduk tersebut. Akibatnya dia menjadi putus asa dan memohon  kepada Allah supaya diturunkan bala ke atas penduduk Nineveh. Baginda hilang  sabar dan bertindak sebelum mendapat arahan daripada Allah. Baginda menyangkakan  sudah tentu baginda tidak akan turut terkena bala tersebut. Lalu Nabi Yunus A.S.  meneruskan perjalanan menuju ke laut dan menaiki sebuah bot. Malangnya, bot  tersebut dipukul ombak dan para kelasi bot menuduh baginda yang membawa nasib  malang tersebut. Jadi mereka mengambil keputusan untuk membuang baginda ke laut  tetapi para penumpang tidak bersetuju. Kemudian, ramai penumpang karam dan nama  baginda disebut juga.
Nabi Yunus A.S. dibuang ke dalam laut untuk  keselamatan bot tersebut. Apabila baginda jatuh ke dalam laut, seekor ikan yang  sangat besar telah menelan baginda. Lalu baginda berada dalam keadaan yang  sangat sengsara. Baginda sedar yang dia perlu mengalaminya kerana lalai  menjalankan tugasnya sebagai seorang nabi. Baginda tidak sepatutnya melarikan  diri tetapi mesti terus bersabar dan bergantung kepada kuasa Allah walaupun  menghadapi suasasana yang tidak menyokong seruan Allah.
Baginda berasa  sangat menyesal dan merayu kepada Allah dengan suara yang merendah diri. Doanya  dimakbulkan dan baginda dibawa ke tepian pantai. Baginda disediakan dengan  sepohon pokok yang rendang. 
"Sesungguhnya Yunus benar-benar salah  seorang rasul, (ingatlah) ketika ia lari, ke kapal yang penuh muatan, kemudian  is ikut berundi lalu termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia  ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya dia tidak  termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, niscaya ia akan tetap tinggal  di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian kami lemparkan dia ke daerah  yang tandus, sedang dia dalam keadaan sakit. Dan Kami utus dia kepada seratus  ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan  keni'matan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu." (Ash-shaafaat, 37:  139-148)
Apabila Nabi Yunus A.S. kembali sihat, baginda diperintahkan  untuk kembali ke tempat asal baginda dan menyelesaikan misi untuk mengubah cara  hidup mereka. Ketika itu, penduduk Nineveh menyesal dan mula mengikut seruan  nabi. Allah melimpahkan rahmat-Nya dan mencapai kemewahan hidup. Mereka telah  mendapat kehidupan baru yang cemerlang.
"...Tatkala mereka (Kaum Yunus  itu), beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan  dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai kepada waktu yang  tertentu." (Yunus,10: 98)
Semakin lama penduduk Nineveh sekali lagi  mengamalkan gaya hidup yang dipengaruhi syaitan. Mereka telah mula menyembah  berhala dan melanggar tatasusila. Akhirnya mereka dimusnahkan oleh Scythians.  Nabi Yunus A.S. wafat di Nineveh dan dikebumikan di sana. Mengikut cerita  sesetengah ahli sejarah, makamnya terletak di kampung Halmol kira-kira 10 batu  dari Hebron.
 
