Keruntuhan Moral
Nabi Adam A.S. telah  meninggalkan keturunannya dalam keadaan dalam keadaan sosial dan moral yang baik  namun begitu akhirnya mereka mula melupakan ajaran Allah. Mereka mengambil jalan  yang salah dan terlibat dalam rasuah dan kerosakan akhlak. Mereka menjadi  kedekut, pengikut syaitan dan tamak haloba. Seluruh masyarakat berpecah-belah  kepada beberapa bahagian. Keadaan negeri ini menyebabkan berlakunya penindasan  dan ketidakadilan dalam negara.
Kedatangan Nabi Nuh  A.S.
Ketika keadaan ini berlaku, Allah yang maha berkuasa  berkehendakkan manusia kembali menjadi hamba yang taat kepada-Nya. Dia  mengutuskan Nuh sebagai utusan-Nya untuk memulihkan semula masyarakat yang telah  rosak akhlak yang tinggal di bahagian 'Iraq'. Mereka mempercayai Allah tetapi  mereka juga menyukutukan-Nya dengan tuhan-tuhan ciptaan yang lain. Ahli-ahli  agama yang mempercayai banyak tuhan ini mengawal sepenuhnya urusan negara. Para  penduduk menawarkan diri untuk melakukan pengorbanan dengan nama tuhan-tuhan itu  sebagai satu penghormatan. Mereka memperuntukkan sejumlah besar harta mereka  untuk tujuan tersebut dan keadaan menjadi semakin teruk.
Nabi Nuh A.S.  seperti juga nabi-nabi lain adalah seorang yang ikhlas, soleh, sabar dan boleh  dipercayai. Baginda mempunyai keinginan dan keazaman yang kental untuk  memulihkan umatnya. Malaikat Jibril telah menyampaikan kepada baginda ajaran  daripada Allah dan diarahkan untuk memulihkan umatnya daripada pengaruh syaitan.  Nabi Nuh tetap menyeru supaya beriman kepada Allah dan menunjukkan mereka jalan  untuk menyembah Tuhan yang satu dan menasihati supaya tidak melakukan  kejahatan.
"Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya lalu ia  berkata: "Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-sekali tidak ada Tuhan bagimu  selain-Nya" Sesungguhnya (kalau kamu tidak menyembah Allah) aku takut kamu akan  ditimpa azab hari yang besar (kiamat). Pemuka-pemuka dari kaumnya berkata:  "Sesungguhnya kami memandang kamu berada dalam kesesatan yang nyata", Nuh  menjawab "Hai kaumku, tak ada padaku kesesatan sedikitpun tetapi aku adalah  utusan dari Tuhan semesta alam. Aku sampaikan kepadamu amanat-amant Tuhanku dan  aku memberi nasihat kepadamu dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu  ketahui " ". (Al-A'raaf, 7:59-62)
Sekali lagi dalam ayat Al-Quran ada  menyatakan tentang amaran Nabi Nuh dengan mengumumkan:
"Sesungguhnya Kami  telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya peringatan sebelum dating kepadanya azab  yang pedih", Nuh berkata: "Hai kaumku, sesungguhnya aku adalah pemberi  peringatan yang menjelaskan kepada kamu iaitu) sembahlah olehmu Allah,  bertakwalah kepada-Nya dan taatlah kepadaku, necaya Allah akan mengampuni  sebahagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu) sampai kepada waktu yang  ditentukan. Sesungguhnya ketetapan Allah apabila telah datang tidak dapat  ditangguhkan, kalau kamu mengetahui " (Nuh, 71: 1-4)
Nabi Nuh  Ditentang
Kebanyakan penduduk tidak mempercayai Nabi Nuh. Mereka  memperbodohkan baginda dan mencemuhnya sebagai orang gila. Mereka menutup  telinga apabila disampaikan kepada mereka seruan Allah. Mereka tidak berganjak  dari kejahilan mereka dan dengan sombongnya memandang hina nasihatnya supaya  berbuat baik. Kaum tersebut sangat degil dan dipengaruhi oleh para ahli agama  yang menyebabkan mereka langsung tidak menghiraukan seruan Allah dan menambahkan  kebencian dalam diri mereka. Akhirnya Nabi Nuh A.S. telah menangis mengadu  kepada Allah.
"Nuh berkata: "Ya Tuhan, janganlah Engkau biarkan  seorangpun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi. Sesungguhnya  jika Engkau biarkan mereka tinggal, nescaya mereka akan menyesatkan  hamba-hambamu, dan mereka akan melahirkan selain anak yang berbuat maksiat lagi  kafir. Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan  beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah  Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan"" (Nuh, 71:  26-28)
Persiapan Bahtera
Seterusnya Allah telah membalas  doa Nabi Nuh A.S. dengan memerintahkan baginda membina sebuah bahtera. Nabi Nuh  A.S. mengetahui bahawa Allah telah merancang menenggelamkan orang-orang yang  jahil dan menolak arahan Allah. Oleh sebab itu, Nabi Nuh A.S. mula membina  bahtera dan dibantu oleh para pengikutnya dari pagi hingga ke petang. Selepas  bahtera telah separuh siap, orang-orang yang tidak beriman tersebut mengetawakan  mereka dan mengatakan Nabi Nuh dan pengikutnya gila.
"Dan mulailah Nuh  membuat bahtera. Dan setiap kali pemimpin kaumnya berjalan melewati Nuh, mereka  mengejeknya. Berkatalah Nuh: "Jika kamu megejek kami, maka sesungguhnya kami  (pun) mengejekmu sebagaimana kamu sekalian mengejek (kami)"" (Huud, 11:  38)
Bala Melanda 
Apabila bahtera yang besar telah siap,  langit menjadi mendung. Hujan mula turun dengan lebatnya. Sungai-sungai  dilimpahi air. Air memenuhi merata tempat. Cahaya kilat dan guruh membuatkan  semua penduduk berasa takut dan gentar kecuali Nabi Nuh dan para pengikutnya.  Dalam Al-Quran ada menerangkan keadaan yang dasyat tersebut.
"Maka kami  bukalah pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang tercurah. Dan kami  jadikan bumi jadikan bumi memancarkan mata air - mata air maka bertemulah  air-air itu untuk satu urusan yang sungguh telah ditetapkan " (Al-Qamar, 54:  11-12)
Nabi Nuh A.S. mengajak keluarga dan para pengikutnya untuk menaiki  sampan. Mereka berebut-rebut datang ke bahtera. Terdapat tempat yang istimewa  untuk semua makhluk termasuk manusia dan binatang. Bahtera belayar di tengah  gelombang yang menggunung sementara arus meningkat laju dan memenuhi rumah-rumah  melalui tingkap dan pintu. Banyak rumah yang runtuh menyembah bumi. Setelah  mereka cuba berenang sedaya upaya untuk menyelamatkan diri. Anak lelaki Nabi Nuh  A.S. telah terpisah daripada baginda kerana tidak mahu beriman kepada Allah.  Nabi Nuh A.S. berdoa kepada Allah dan berkata.
"Dan Nuh berseru kepada  Tuhannya sambil berkata kepada Tuhannya sambil berkata: "Ya Tuhanku,  sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah  yang sebenar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya" Allah berfirman: "Hai  Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk dalam keluargamu (yang dijanjikan akan  diselamatkan), sesungguhnya (perbuatannya) perbuatan yang tidak baik. Sebab itu  janganlah kamu memohon kepada-ku sesuatu yang kamu memohon kepada-Ku sesuatu  yang kamu tidak mengetahui (hakikat)Nya. Sesungguhnya Aku memperingatkan  kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan " "  (Huud, 11: 45-46)
Sementara itu, air naik semakin tinggi. Seluruh kawasan  mengalami banjir dan orang-orang yang tidak beriman tenggelam. Nabi Nuh A. S.  dan pengikutnya selamat dalam bahtera dan terapung tanpa digugat oleh gelombang  besar. Akhirnya hujan berhenti, air mula surut dan langit kembali  cerah.
Nabi Nuh A. S. Dan Pengikutnya Selamat
Nabi Nuh A.S.  dan para pengikutnya selamat sampai di suatu tempat yang sesuai. Mereka telah  membina rumah-rumah dan bekerja keras membina hidup baru. Generasi seterusnya  yang dilahirkan oleh orang-orang yang selamat ini termasuk dalam manusia yang  takutkan Allah. Mereka menyembah Allah yang satu dan berkelakuan seperti yang  diperintahkan oleh Allah. Nabi Nuh A.S. hidup kira-kira selama 950 tahun.  Selepas peristiwa yang dasyat itu, ada di kalangan generasi yang terselamat  kadangkala melakukan dosa dan lalai dalam perlakuan.
 
